Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Selasa, 24 Mac 2015

Selasa, 10 Mac 2015

sekolah terkini

assalam

sedar2 dah masuk bulan 3..
dah perbagai dihadapi dlm 3 bln ini,


nak update sini mengenai status persekolahan anak2..
1/ abang/afiq masuk ke Maahad Johor utk sambung Stam
2/ baby/atiqah selepas PT 3, masih di sekolah lama.. sma maiwp, ambil sains perakaunan
3/ acu/afiqah selepas UPSR, masuk ke ting 1 dia SMA Nadzah, yan, kedah
4/ adik/adham terus di skbj..

since abah nak semua ank2nya ambil smpi ke Stam, alhamdulillah semua ingin mengikutinya...
syukur mereka tahu apa yg ibubapa mereka inginkan..
moga mereka menjadi ank yg soleh dah solehah.. Amin

utk mama, tmpt kerja dah x seronok.. mama tunggu masa je utk berenti dan tumpukan pd anak2,
maklumlah dulu mama kerja & x dpt concentrate
Insya Allah, jika dah smpi masa.. mama akan bersama2 anak2 semua ikuti perkembangan pembelajaran..

Ya Allah, beri semangat & kekuatan kpd ku




Isnin, 9 Mac 2015

Keputusan SPM pd 3 -Mac 2015.. Satu kejutan !!!


Assalam

Syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi diatas kurniaNya ini..

Afiq telah berjaya dgn cemerlangnya.. dan Mama memang tak sangka walaupun memang meletak harapan yang tinggi.. Alhamduillah, tercapai niat dan harapan tersebut..

Afiq... teruskan usahamu yer, ini satu permulaan.. Ingat, mama pernah ckp, untuk menyambung ke Mesir or Jordon, perlukan usaha yg kuat dan jgn patah semangat jika ada yg memandang rendah dgn kebolehan kita..

Teringat di hari kejadian..
Kerana mama x dpt bersama pd hari mendapat keputusan iaitu tanggal 3-mac, setelah pukul 10pg mama dah suspen sbb abg belum umum keputusan lagi.. dan x bp lama tu, abg whatsapp ckp belum dpt lg.
Mama terus teringat utk sms je ke 15888... sudahnya belum pukul 11pg Mama dh dpt keputusan itu..
dan keputusan itu Mama tau dulu dah fwdkan pada abg & Abah.. Tahniah abg!

Untuk seterusnya, Mama x kisah untuk abg nak apply apa pun. Lagi baik kalau teruskan STAM shj..
Apa2 abang buat pilihan sendiri..

skrg tgh tgk :
1/ http://app.moe.gov.my/timurtengah/  dibuka dari 10 mar - 10apr.. dokumen yg lengkap perlu dihtr sblm 8 Mei, 2015
tp didapati utk ambil ke Jordon abg x ada SPM-Bahasa Arab Tinggi
2/ Jais -dermasiswa (mungkin kena apply 1/ dulu )
3/ Universiti Islam Madinah - dah tgk smlm.. mcm susah nk layak
(youtoube -cara memohon di UIM)






Khamis, 18 Disember 2014

Penghunjung 2014

Assalam

Jumaat 3.40ptg.. @ Ofis (waktu santai sbb dh malas nk fikir psl kerja)

2014 dh smpi ke penghujungnya.. byk kisah duka di penghujung ni..

-Ya Allah, beri la kekuatan kepada hamba yg lemah ini. Atas kedukaan ini, gantikan ia dgn yg lebih baik. Beri la panduan bagaimana utk ku atasi masalah ini.

Hamba Redho atas segala2nya..
Andainya rezeki bkn di sini, kurniakan bgku rezeki berkat di tmpt lain atau dgn cara lain,
Andai ini pengakhir bg kerjaya ku, berikan kemudahan utk aku lalui hari2 mendatang supaya aku dpt memanfaati masa..
 Tmpt ini ya Allah, hampir tersasar.. mungkin "org atas" lemah imannya.. tp aku x berani nk mengatakan, tp ya Allah... berikan mereka hidayah.

Muram hari ini.. ya Allah, gantikan dgn kegembiraan utk saat yg lain.

Ya Allah, lindungi aku..

Amin

Isnin, 17 November 2014

Anugerah Cemerlang SRA for Acu

Assalam..

Tahniah !! mama doakan Acu terus berjaya, lebih2 lg dlm mencari ilmu2 agama.. mencari ilmu ni tak ada penghujungnya

Tahun depan lebih mencabar untuk mu kerana akan duduk berjauhan dgn mama & abah, jaga diri & ingat kami sentiasa mendoakan yg terbaik utk mu.


Selasa, 11 November 2014

Cuti di PD, Glory Beach Resort & Plan Cuti2

assalam

oleh kerana pd bln 10 lepas kami telah ke PD kerana suami memenuhi undangan ceramah, dan afiq tidak ada bersama, maka kami ingin sekali lg ke sana satu family

bila niat diberitahu pd adik beradik psl cuti ni, maka mereka sibuk nk ikut pulak, so pakat utk buat Family Day je la..

so insya Allah, 6&7 Dis ini.. semua adik beradik kecuali yg sulung akan join

Selasa, 4 November 2014

45th's birthday

Assalam

16 oct, bertambah lg usiaku.. ingat x nak sambut & nk senyap je tp ada gak yg wish di FB & whatsapp..
terima kasih la buat mrk wp x baca blogku ni..

aku mohon, Allah berkatilah usiaku & rezeki ku, supaya aku dpt hidup dgn aman & tenteram bersama keredhaanMu. Amin.

tiada apa yg ku harap utk kali ini, melainkan melihat ank2 terus maju & berjaya dunia akhirat. dan kami suami isteri dpt rezeki yg berkat lg halal