26 nov (sabtu) - 27 nov (ahad) 1muhamram 1344H -ke kuala lipis /rumah pak cik mizan..
28 nov (isnin) - afiq & atiqah naik bas ke JB (make sure bertolak siang)
- tak pasti dia org balik bila
3 dec (sabtu) - abu htr bdk2 balik ke muar
10-11 dec (sabtu & ahad) - amik bdk2 di muar
12 dec (isnin) - cover aijuoa bwk bdk2 or afiq gi klcc
16 - 18 dec (jum - ahad) - umi ajak bdk2 ke majlis pertunangan along di trg *x sure sape yg ikut
17 & 18 dec - promosi mt kiara (x sure bole join)
22 - 23 dec (khamis & jumaat) - AL
22 - 26 dec - balik kedah
31dec - 2jan 2012 - ke JB, persiapan afiq & atiqah di sekolah baru..
Blog ni kucipta utk menempek kenangan & impian keluarga ku, dlm masa yg sama ingin share apa jua ilmu-ilmu yg kuperolehi utk sama2 memanfatinya
Kenangan & Impian & Nota Ilmu
Khamis, 24 November 2011
Khamis, 17 November 2011
UPSR 2011 - Analisis
apa2 pun alhamdullilah & tahniah buat atiqah.. mmg 2011 tahun yg terbaik tp pencapaian 5A menurun berbanding tahun lepas..
46,012 calon UPSR dapat semua A
PUTRAJAYA – Keputusan keseluruhan calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 adalah yang terbaik sejak empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN).Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik iaitu minimum C bagi semua mata pelajaran meningkat daripada 54.38 peratus tahun lalu kepada 55.45 peratus tahun ini.
“Calon yang mendapat semua mata pelajaran bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan daripada 3.39 peratus tahun lalu kepada 2.88 peratus tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Abdul Ghafar berkata, pencapaian calon cemerlang semua A tahun ini menurun berbanding tahun lalu.
Petikan Kosmo 18/11/2011
UPSR & UPSRA 2011 for Atiqah.. Alhamdullilah
hari ini pengumuman UPSR.. atiqah hanisah mendapt 4A 1B (Sains)
semalam pula UPSRA.. mendapat 9A...
syukur alhamdullilah
semalam kami tak dpt b'sama, coz kekangan kerja, tp hari ni kami cuba utk b'ada di sekolah utk meraikan keputusan ank kesayangan kami..






Pada tahun ini juga Atiqah telah menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Perdana diantara SRA di Wilayah Persekutuan. Goodies yg diberi termasuk senaskah Al-Quran
semalam pula UPSRA.. mendapat 9A...
syukur alhamdullilah
semalam kami tak dpt b'sama, coz kekangan kerja, tp hari ni kami cuba utk b'ada di sekolah utk meraikan keputusan ank kesayangan kami..






Pada tahun ini juga Atiqah telah menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Perdana diantara SRA di Wilayah Persekutuan. Goodies yg diberi termasuk senaskah Al-Quran
Rabu, 9 November 2011
Rabu, 2 November 2011
Zulhijjah
Assalamualaikum.. buat pertingkatkan iman ku..hari ini 7 Zulhijjah 1432H
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :
"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :
"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).
AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang ya2ng tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban".
Langgan:
Catatan (Atom)




