Cnp
Kaedah Doa bagi rawatan sakit tumit dan sendi oleh Ustaz Sharhan Shafie
Doa dan Cara Mengurangkan Sakit Tumit
1. Gunakan Minyak Zaitun – (Ini kerana Zaitun disebut 6 kali di dalam Al-Quran)
2. Baca Surah al-Fatihah
3. Baca Ayat Kursi
4. Baca Surah At Taubah ayat 14
5. Baca Surah Al hasyr ayat 216. Disapu atau lebih baik diurut secara perlahan-lahan kebahagian yang kaki yang sakit
Cara Tradisional Mengurangkan Sakit Tumit
Biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana , mengikut orang tua-tua zaman dahulu, tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kaki secara semulajadinya adalah bumi.
Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.
Bagaimana mencegahnya ?1- Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai.2- Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur.