Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Khamis, 28 Disember 2017

Kereta oh kereta

JANGAN TERTIPU dan DITIPU LAGI.

1> Minyak hitam

Minyak hitam yg bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik - mungkin 7,500 km atau 10,000 km.

2> Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5,000 km. Minyak Synthetic - 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3> Spark plug

20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.

4> Bateri kereta

18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L...begitu la citernya!

5> Timing belt

60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!

6> Clutch plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7> Fuel Filter

Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.

8> Air Filter

Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9> ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100...ikut saiz kereta anda!

10> Gear Oil

Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11> Brake Fluid & Power Steering Fluid

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12> Radiator Coolant

Sebotol Rm 15-20... selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13> Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada "crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa "3 bulan" "6 bulan" & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai "Preventive Maintenance"

14> Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!

15> Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16> Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.

17> Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.

18> Flush? kalau dalam buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000 km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.

19> Water pump

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

20> Spark plug

Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus - minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.

21> Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.

22> Brake pad

Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

23> Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

24> Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.

25> Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

---

Kredit to FB The Vocket

Anda Ada Instagram? Follow Resepi Sedap Di IG : https://www.instagram.com/resepisedap/

Ahad, 26 November 2017

Sedekah

_Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?_

_Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_
_Mari kita baca jawapannya..._
------------------------------------------------

_Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_

_*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_

_*Satu*_
_Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)_

_👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_

_👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_

_*Dua*_
_Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

_*Tiga*_
_Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

_*Empat*_
_Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._

_*Lima*_
_Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._

_*Enam*_
_Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_

_1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_

_2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_

_3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_

_4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_

_5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_

_6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._

_7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_

_8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_

_9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_

_10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_

_11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._

_12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)_

_13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_

_14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._

_15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._

_16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_

_17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._

_18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia._

_19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_

_20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_

_21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_

_22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2._

_*Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah*_

Sabtu, 18 November 2017

Perkongsian Dr Hamid Arshad utk hidup sihat

Dari FB: Dr Hamid Arshat

INI PESANAN DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN NO.1 MALAYSIA YANG BERUMUR 72 TAHUN INI KEPADA CUCU-CUCUNYA AGAR SIHAT DAN BERJAYA SEPERTINYA.

Alhamdulillah capai umor 72 tahun dan 46 tahun kahwin menghasilkan 5 orang anak dan 12 orang cucu . Saya anggap sebagai satu kejayaan dengan izin Allah SWT. Saya juga rasa amat bahagia kerana anak2 dan cucu2 dalam keadaan sihat walafiat.

Saya ingin tinggalkan pesanan kepada anak2 dan cucu2 dan mereka yang melayari ruangan ini beberapa panduan untuk kejayaan dan kebahagian hidup.

Baru2 ini saya dan isteri bawa 3 orang cucu remaja untuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah diMakkah dan Medinah.

1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.

Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.

Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari. Selepas solat zuhur ambil ‘power nap’ antara 10 – 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.

2. Bangun awal.
 
Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.

Baca doa bangun tidur ‘Alhamdulillahi lazi ahyayna ba’da amatana wa alaihinusyur’ disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.

Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.

Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain

3. Sarapan saperti raja.
 
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.

Saya makan buah2 dulu biasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.

Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam. Disamping banyak makan buah2an dan salad.

4. Supplemen vitamins dan lain2.
 
Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan.

Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 – 2 gm sehari.

Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.

5.  Pilih kerja yang diminati dan memberi keriangan.
 
Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.

Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.

Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.

Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.

Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.

5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.

Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.

Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa.

Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.

6. Exercise paru2, mata dan kaki.

Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2.

Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.

Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.

Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.

7. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.

Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.

Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.

Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.

8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.

Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.

Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar

Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek. Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

9. Amalkan baca dan terus membaca.
 
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.

10. Uruskan masa dengan bijak.
 
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.

Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka.

Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.

Ingat jangan jadi hamba kerja.

Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.

Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.

11. Banyak minum air.
 
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.

Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.

Minum juz buahan segar – air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.

Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja. 
 
Jadi orang yang ‘action oriented’ yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate); ia menjadi pencuri masa.

Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

13. Sangka baik terhadap orang lain. 

Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain – kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.
Fikirkan mereka ada niat baik. Fikir positif.

14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
 
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan – nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

15. Cakap lunak dan sedap didengar. 

Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.

Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.

SAMBUNGAN...

Jumaat, 3 November 2017

Masa terus berjalan...

Assalamualaikum...

Pehhh... lama sgtt tak posting, malas & sibuk & no idea.. senya ada

Hari ni sabtu pagi.. hujan renyai2 & burung pipit bersiulan.. mmg waktu ni sibuk depa, berkicauan.. ntah dlm bumbung rmh ni dijdkn rumah depa la tu.. sbb tiap pg& ptg nk maghrib mcm ni la depa..

Punca sibuk tak tentu psl.ni, sbb dh pasal dpt ofer kerja... tanpa resume, tanpa interbiu.. tiba2 kwn lama M sorg cina dok kol nk jumpa & ajak kerja.. bukan di aloq staq... mak aiiik... nun di penang, merayu mtk tlg dia setupkn proper "customer service centre' di sykt nya atas sbb keperluan mcmc yg katanya aku sedia maklum krn ada byk pengalaman...

Makanya kita jumpa di aman central.. so confirm ler aku akn kerja ni.. eee sbnrnya pun tak pasti bole ke kerja kembali setelah 2thn x kerja.. then dia call again, cpt masuk coz staff nk resign..
aku ckp xbole sbb jauh sgt.. badan dh tua xlarat jauh2 cuma dulu masa bincang aku tertarik sbb katanya bole kerja dr runah je.. dia kata ok.. tp aku kena p ofis dulu.. fhm kn cara kerja & apa2 yg patut sblm blk kerja di rmh.. ok ok, aku accept dgn syarat sebln je di penang.. dia ckp, ok then aku cari pengganti utk dipenang.. sambil tu aku cari pengganti utk aku nanti.. aku ckp, aku nk dia offer sbg agent & xnk manager sbb nk kerja dirmh.. dia kata xpe..

Then contact la kwn lama tanya nk kerja di penang x sbb dulu penah sembang dia nk blk kg.. on the spot dia habaq xmau.. so aku bgtau M supaya tlg pujuk... so M pun pujuk... xsangka dia htq resume pd M

Now aku kerja dgn M, pergi & blk keje naik train komuter, smpi di stesen butterworth  dia atau exstaff lama kami yg dh join sethn akn amik terus ke ofis menaiki jambatan pulau pinang..

Tawakal je pd 25hb julai masuk keja.. sbb rupanya 2thn xkerja kesihatan pun xsbp dulu2.. dh byk rehat & faktor usia gak.. makanya aku rasa dh xsesuai kerja pun lgpun faktor jauh penat badan.. kena jaga kesihatan gak.. cuma aku mohon pd Allah diberi kekuatan jika mng rezeki aku.. ya lah, dr relax saja2 dirmh.. ada juga pdptan.. dpt tlg hubby skt2, ank, sedara mara. Tp tu la, bertolak dlm 6.50pg naik train 7.08am.. then nalik pulak after 5pm.. kkdg dpt train 6.25pm.. kkdg jsmbatab sibuk or blk lmbt skt dpt train 7.25pm.. penat badan tol.. xbole kerja 5hari mcm ni.. 4 hari kira ok la.

Dlm fikiran, kira utk tabungan skt utk ank2 & diri sendiri.. then bole berenti. Bajet2 bulanan dr gaji pun xbole saving.. ada je nk kena keluar.. aduh, mcm tu pulak ler.. then fikir bln 4 thn dpn mesti berenti coz nk bln puasa jd xrelevan nk berbuka dlm train.. xsanggup...
Fikir +ve & -ve, kalo stay tabungan lebih & kalo x, xde la.. so harapan M akn laksanakn kerja di rnh..
So masa berjln.. dh 3bln lbh kerja.. maka timbul masalah baru..

Ok sambung pulak..

Masa depan sekolah agama@tahfiz


Copyn paste.. moga ada manfaat

Assalam

Kalam Musafir

NANTI KALAU BELAJAR AGAMA NAK MAKAN APA?

Nanti bila tiba musim orang kita hantar anak ke tingkatan 1. So, time ni saya selalu terima beberapa soalan cepumas spt :

'Ustaz, mana sekolah tahfiz yang bagus?'

Tapi antara banyak-banyak soalan, ada satu yg saya perlu share jawapannya. Beberapa minggu lepas rasanya, seseorang call dan bertanya soalan ini :

'Ustaz, saya nak daftarkan anak saya ke maahad tahfiz xxx, tapi risau juga...'

'Apa risaunya?'

'Saya risaukan masa depannya. Apa pandangan ustaz tentang prospek pelajar tahfiz ni?

Fuh, terus bersemangat nak jawab!.

'Tuan haji, soalan ni pernah ditanya kepada arwah ayah saya 40 tahun lepas oleh kawan-kawan ayah saya. "Apa anak hang nak bagi makan anak-bini nanti bila dihantar ke sekolah agama?

Masa tu sekolah agama dianggap takda masa depan. Orang takut nak hantar anak menghafal Quran. Takut bila besar nanti, asyik duduk masjid tak mampu sara anak-bini. Takut anak-bini makan 'pasir'. Thats why ketika itu, mana anak yang cerdik semua dihantar ke boarding school. Mana anak yang dah 'tak menjadi', baru dimasukkan ke sekolah agama dan pondok....

Jawapan saya mudah sahaja - Menuntut ilmu itu wajib bukan niat untuk mendapat rezeki yang mewah. Rezeki itu kerja Allah.....

MORAL OF THE STORY

Saya dah biasa dengar perkara ini. Tak yakin hantar anak belajar agama kerana takut nanti hidupnya susah. Dulu, itulah yang dimomokkan kepada kami.

Pelajar sekolah agama mundur, kelengkapan sekolah tak cukup, tak tahu sains, english tak fasih bla-bla-bla. Sebab tu bila exam penilaian dulu ketika saya score full 9A, ramai rakan-rakan bapa tak percaya. (maaf, ini bukan nak show off atau apa-apa. Ia sekadar contoh je)

Mereka tak percaya, bagaimana budak yang belajar sekolah agama ceruk kampung boleh setaraf pencapaiannya dengan pelajar sekolah boarding school yang kelengkapan makmal sainsnya lengkap!

Tapi, mereka lupa yg belajar ni, petuanya adalah kesungguhan dan doa. Yang lain tu in sha Allah ditanggung beres.

Ketika di Mesir dulu pun begitu. Dalam ramai-ramai pelajar yg menuntut di Azhar, pelajar Shoubro ynag paling dianggap corot. 'Mereka ni hafal Quran dan tahu tajwid Qiraat je, yang lain tak tahu. Sijil depa pun low class, susah nak dapat kerja'.

Ye lah tu. Sekarang, graduan shoubra paling senang dapat kerja. Tak percaya, tengok masjid besar seluruh negara, mesti ada imamnya bekas shoubrowi.

Pointnya adalah, rezeki ni dari Tuhan. Yang berinya Tuhan, bukannya boss. Dan ia kurang sangkut-paut dgn kelulusan sangat. Tak percaya cuba tengok graduan kita sekarang. Ramai yg masih terkial cari kerja sedangkan kelulusannya dahsyat - Bisnes, admin, syariah, malah guru dan doktor pun tak terkecuali.

Dah mula kena tempias susah dapat kerja.

So, kembali kepada soalan, mengapa hantar anak sekolah agama?

Jawapannya adalah, niatkan bukan setakat nak anak kita jadi baik atau punya ilmu agama, tapi niatkan agar ia jadi pejuang dan penyambung tugas Rasul, mempertahankan, menyebar dan memandu ummah ke arah Tuhan.

Dahulu ketika Maryam disahkan mengandung, itulah niatnya. 'Ya Allah, jadikan apa dlm perutku ini 'muharrar' - pembebas, penegak agama.

Mak-ayah yang hantar anak sekolah agama perlu ada visi sama : niatkan anak agar jadi the next ulama-amilin, bukan sekadar ustaz biasa-biasa. Jangan risau tentang soal rezeki sebab Rasul dah jamin, siapa yang jaga 'Tuhan' (agama), maka Tuhan akan jaga dia.

Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjaga kamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu. Jika kamu minta, mintalah kepada Allah. Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah. (hadis riwayat Tirmizi)

Saya ni ustaz 'biasa' je. Agama pun takdelah tahu mendalam sangat. Hanya perunding motivasi Islam, bela lembu kambing dan mengajar ilmu tajwid serba sedikit, ilmu yang sesetengah orang anggap senang, basic dan simple.

Tapi saya faham sangat maksud 'Tuhan jaga kita'.

Saya ni baru jaga benda kecil, Tuhan dah jaga dan kurnia rezeki besar-besar. For sure kalau anak kita benar-benar pejuangkan agama, Tuhan akan kurniakan perkara lebih luarbiasa.

Asasnya, kena percaya. Sebab Rasul tak pernah menipu apabila berkata. Tuhan tak pernah mungkir apabila berjanji.

Yang menipunya adalah kita, menipu diri sendiri kerana tidak percaya kata Tuhan, padahal Tuhan yang sama kita sembah setiap hari 5 kali. Tuhan yang sama kita kata 'warzuqni warfakni' ketika solat. Tuhan yang sama kita janji 'wamahyaya wamamati lillahi robbil alamin'. - hidup mati kami semua bawah penjagaanMu.

Tuhan yang sama yang mampu bagi makan kepada jutaan makhluknya setiap hari non-stop. Kita nak bagi 6-7 'mulut' (keluarga) makan pun dah pening kan?

Sebab apa kita pening?

Sebab kita 'nak masuk campur' kerja Tuhan, fikir rezeki ni puncanya dari kita.

Kalla. Bukan, bukan.
Kita hanya berusaha, Tuhan yang tentukan segalanya.

Sekian, pelajaran akidah. Moga bermanfaat kepada mereka yang sedang mencari keyakinan.

Kepada anak anda yang masuk pre-school, tadika, sekolah rendah, boarding school, MRSM, pondok, maahad tahfiz, SBP dll, selamat belajar.

Selamat belajar ilmu Allah (sains, matematik, hafazan, b.arab, biologi dll) atas niat kerana Allah, lillahi Ta'ala.

In sha Allah, lurus dan mudahlah kehidupan anak anda.