Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Rabu, 9 November 2016

Info - Meniti Hari Tua

Assalamualaikum...

bagus info ini utk rujukan utk hari pencen wp sbnrnya dh pencen pun..

💐Kita semua dah lama   pencen & jg yg OTW nak pencen blh renung2 kan plan di👇🏿ni sblm kita yg pencen /yg akan berpencen tidak menderita hidup kita sbb TIDak merancang!

🌾Klu derita sekadar didunia ini tidaklah mengapa ttp yg kita semua takuti adalah derita dunia & akhirat.

🌾Di penghujung usia elok lah buat plan ibadah agar mati dalam akidah/ibadah yang betul.

🌾Klu ada  majlis ilmu ikutilah. Refresh balik ilmu yg tlh  kita tinggalkan sejak sekolah dulu.

Cadanganku;

💐1. Mantapkan ilmu aqidah/ Tauhid. Ini utk memastikn aqidah kita benar & betul sb klu aqidah kita salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan termasuk golongan neraka. Akidah lah kunci syurga.

🌾Selain itu mantapkan ilmu feqah &  tasauf.

🌾Jgn asyik nak belajar tajwid & taranum sj sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah klu  tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar.

🌾Bg yg dah mahir baca, ingatlah tak der siapa nak dengar suara tua kita yg merdu tu. Yg penting byk tadabbur quran & bukan hanya baca sj tanpa faham isi alquran.

💐2. Bykkan taubat. Taubat tak kira tmpt. Dimana pun blh taubat. Bukan diMekah sj. Kita ni byk dosa. Oleh itu JGN  abaikan taubat walau sehari.

💐3. Perbaiki ilmu solat agar betul. Jgn pulak masa terluang yg byk tu kita asyik nak tengok drama bersiri dan drama cinta, Sayangku kapten mukhris atau hindustan & yg lain lain pulak. Ingat, awak tu dah kerepot. Tak ada siapa nak main cinta dah!

💐4. Dpt duit pencen tu, jgn sibuk nak shopping bergaya mcm org kaya kaya. Itulah penyambung nyawa kita 10 ke 15 thn lg. Dan jgn pulak asyik belikn cucu2  baju pulak. Sesekali tak apalah! Yg penting, guna duit tu utk settle  fidyah puasa & qodha puasa kita. Itu semua hutang kita pd Allah. Jn lupa pulak hutang pd manusia yg blm kita bayar. Jgn nak burn pulak.

💐5. Klu  blm keMekah &  ada duit gratuiti tu, pergilah keMekah &  jgn sibuk nak renovate rumah. Duduk lah rumah yg ada tu seada nya. Klu nak repair pun repair bumbung sj sbb takut kita kena hujan. Tentukan mengambil buat  ibadah Korban setiap thn walaupun 1  bahgian.

💐6. Bykan sedekah jariah & juga wakaf. Bukan sedekah pd org buta yg ada sindikit tu tp  jariah tu maksudnya sedekah pd org nak buat masjid ke, pondok ngaji ke dsb. Sedekah jariah itu nanti akan mengalir pahala nya bila kita dah dikambus tanah nanti.

💐7. Pagi & petang jgn lupa buat senaman & juga jgn lupa check up hospital selalu. Supaya kita tak sakit & menyusahkn ank2 nak jaga kita waktu tua. Mrk pun bergelut dgn kehidupn mrk sendiri. Kesian dkt ank2. Klu tak sakit mudah nak buat ibadat kita.

💐8. Jgn byk tidur sbkita pun tak lama lg nak tidur lama.

💐9. Jgn jd kuli ank waktu tua. Waktu inilah ank2  ini suka landingkan ank2 mrk  pd kita utk kesenangan mrk  melaram pergi kenduri kawin & shopping. Lainlah klu sesak sesekali krn kerja dsb. Tpbukan selalu. Ingat tu!

💐10. Jgn sesekali terlibat dgn bisnes dah! Cukup lah pencen & simpanan yg ada tu utk mknn kita yg dah tak berapa selera ni, sb hidup kita pun tak lama. Andai klu bangkrap, jawabnya jd cleaner or pak guard lah kita mati.

💐11. Berhati2 bg ank pinjam duit kita utk perkara yg tidak penting bg mrk. Klu penting sgt tu blh lah beri tp pastikan mrk bayar balik. Itu duit hari tua kita. Jgn smpi kita mengemis sb kerakusan ank2. Sayang ank biar bertempat. Jgn sekali kita diperbodohkan.

Mrk sepatutnya perlu bijak uruskan keewangan spti mana kita dulu yg sanggup ikat perut nak besorkan mrk. Terkadang ank & menantu kita ni mrk hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mrk tanpa pikir masa dpn ank2 mrk. Baju penuh almari. Mekap yg mahal2. Klu blh peratikan mrk &  nasihat mrk.

💐12. Berziarahlah kwn2 & sedara mara kita, sb usia kita pun tak panjang. Apa lg mungkin kita pun byk dosa dgn mrk  waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayor. Waktu ini lah masanya kita tebus segala dosa kita agar kita clear semua dgn manusia bila mati nanti.

💐13. Akhirnya, bersabarlah hidup dihari tua. Ujian mcm kelkatu. Byk ingat Allah & baca quran. Agar kita selalu tenang hingga lah bertemu Allah.

💐Rasa2 mcm plan ini blh di Menafaatkan... blh teruskan.
Tp klu  rasa mcm tak mengikut citarasa shbt2 Abaikanlahh.. Saya pun ambil Plan ini drp Hamba Allah yg bukan bergelar PAKAR MOTIVASI. Wallahua'lam. 🙂

Selasa, 8 November 2016

Doa menghadapi peperiksaan

Assalamualaikum... cnp

DOA SEBELUM PEPERIKSAAN SPM

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم, بسم الله الرحمن الرحيم, الحمد لله رب العالمين, حمدا يوافي نعمه ويكافئ مزيدة,
يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك, والصلاة والسلام على سيدنا محمد في الأولين والأخرين, وسلم ورضي الله تبارك وتعالى عن ساداتنا أصحاب رسول الله اجمعين
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,  dosa  saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa  guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid
Hari ini kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk kami menjawab kertas peperiksaan SPM bagi matapelajaran . sebentar lagi. Jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini. Makbulkanlah permintaan kami agar dapat mencapai  sasaran . bagi kualiti dan  .bagi kuantiti sekolah kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk kami  menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri  kepada Mu. Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan doa doa kami Ya Allah.

رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر وَصَلَّى الله عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحبِهِ أَجمَعِينَ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ وَالحَمدُ ِللهِ رَبِّ العَلَمِينَ.

Doa Abu Darda' - untuk perlindungan diri

Assalamualaikum..

Sama2 amalkn setiap hari @ pagi utk perlindungan diri, keluarga & harta.

Ahad, 6 November 2016

Info - Mandi Sebelum Subuh

Assalamualaikum...

TAHUKAH ANDA : KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH?

Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:

01: Kulit lebih lembut dan halus;

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

02: Melancarkan peredaran darah;

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

03: Meningkatkan kesuburan;

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

04: Mengurangkan risiko darah tinggi;

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

05: Mengurangkan tekanan serta tenang;

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

06: Meningkatkan sel darah putih;

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.

Selamat mencuba & selamat beramal..('',).
CnP

Sabtu, 5 November 2016

Tawakkal spt burung

Cnp.. ilmu sgt berguna..

بسم الله الرحمن الرحي
Ciri Ahli Syurga:
*Memiliki Hati seperti Hati Burung*
 
Hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dalam al-Musnad dan Muslim dalam sahihnya, dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ

Akan ada sekelompok orang yang masuk syurga, hati mereka seperti hatinya burung.
[HR. Ahmad 8382 & Muslim 7341].

Apa yang dimaksudkan manusia berhati seperti hati burung?

Dalam kitab Syarah Sahih Muslim (17/177), An-Nawawi menyebutkan, ada 3 pendapat ulama dalam memberi maksud orang yang hatinya seperti hati burung:

[1] Orang yang hatinya lembut seperti burung.

Sebagaimana pujian yang diberikan Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam kepada penduduk Yaman. Baginda mengatakan,

أَتَاكُمْ أَهْلُ الْيَمَنِ ، أَضْعَفُ قُلُوبًا وَأَرَقُّ أَفْئِدَةً ، الْفِقْهُ يَمَانٍ ، وَالْحِكْمَةُ يَمَانِيَةٌ

Ada penduduk Yaman yang datang di kalangan kamu. Mereka manusia yang paling lembut hatinya. kefahaman agama banyak di Yaman, dan hikmah banyak di Yaman. (HR. Bukahri 4390 & Muslim 193).

[2] Orang yang hatinya mudah takut kepada Allah seperti burung.

Sehingga dia menjadi manusia yang mudah kembali kepada kebenaran, bukan anti-nasihat. Merekalah yang dipuji Allah dalam al-Quran, dan Allah mengelar sebagai ulama.

Alllah swt berfirman,

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

“Yang takut kepada Allah di antara para hamba-Nya adalah ulama.” (QS. Fathir: 28)

[3] Orang yang hatinya sangat bergantung dan tawakkal kepada Allah seperti burung.

Kerana itu, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjadikan burung sebagai lambang tawakkal.

Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ، لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ، تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا

Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberi rezeki  kepada kamu sebagaimana burung diberi rezeki. Ia berangkat dalam keadaan perut kosong, dan pulang dalam keadaan perut kenyang. (HR. Ahmad 205 dan Tirmizi 2344 disahihkan Syuaib al-Arnauth)

Merekalah manusia pilihan, hatinya lembut, mudah kembali kepada kebenaran, mudah menerima ilmu, mudah takut kepada Allah.

Allahu a’lam.

#AGT. 4/11/2016.