Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Selasa, 30 Ogos 2016

Sabtu, 27 Ogos 2016

Kisah pengajaran zaman sahabat nabi saw

Assalamualaikum...

Moga diberikn kita hidayah oleh Allah swr.

-------------------------------
Memang panjang tapi berisi
------------------------------
Suatu hari, Umar al Khattab sedang duduk di bawah pohon kurma berdekatan Masjid Nabawi. Di sekelilingnya, para sahabat sedang asyik membincangkan sesuatu.
Tiba-tiba datanglah 3 orang pemuda. Dua pemuda memegang kuat seorang pemuda berpakaian lusuh yang diapit oleh kedua mereka.

Ketika mereka sudah sampai, berhadapan dengan Umar, kedua pemuda yang ternyata adik beradik itu berkata :
"Tegakkanlah keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!"

"Qishaslah pembunuh ayah kami sebagai hak atas kejahatan pemuda ini !".

Umar segera bangun dan berkata :
"Bertakwalah kamu kepada Allah, benarkah engkau membunuh ayah mereka, wahai anak muda?"

Pemuda berpakaian lusuh itu menunduk dan dalam nada suaranya yang menyesal ia berkata :
"Benar, wahai Amirul Mukminin."

"Ceritakanlah kepada kami kejadiannya.", ujar Umar.

Pemuda berpakain lusuh itu kemudian memulakan ceritanya :

"Aku datang dari pendalaman yang jauh, kaumku memercayaiku atas suatu urusan muamalah untuk aku selesaikan di kota ini.

Apabila sampainya aku di kota ini, aku ikat untaku pada sebuah pohon kurma lalu aku tinggalkan dia (unta). Begitu pantas, setelah aku kembali, aku sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang menyembelih untaku, rupa-rupanya untaku terlepas dan merosakkan kebun yang dimiliki oleh lelaki tua itu. Sungguh, aku jadi sangat marah tidak terkawal waktu itu, segera aku cabut pedangku dan kubunuh ia (lelaki tua tadi). Ternyata ia adalah ayah dari kedua pemuda ini."

"Wahai, Amirul Mukminin, engkau telah mendengar ceritanya, kami boleh mendatangkan saksi untuk itu.", sambung pemuda yang ayahnya terbunuh.

"Tegakkanlah hak Allah keatasnya!" Setimpal dengan yang lain.

Umar terpegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda berpakaian lusuh itu.

"Sesungguhnya yang kalian tuntut ini adalah seorang pemuda yang soleh lagi baik budi pekertinya. Dia membunuh ayah kalian hanya kerana khilaf kemarahan sesaat", ujarnya.

"Izinkan aku, meminta dari kalian berdua supaya memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat (tebusan) atas kematian ayah kamu", kata Umar.

"Maaf Amirul Mukminin," balas kedua pemuda yang kelihatan masih marah dengan keadaan mata mereka merah menyala,

"Kami sangat menyayangi ayah kami, dan kami tidak akan redha jika korban jiwa belum dibalas dengan korban jiwa juga".

Umar semakin bimbang, di hatinya telah timbul rasa simpati kepada si pemuda berpakaian lusuh yang dinilainya amanah, jujur, dan bertanggungjawab.

Tiba-tiba si pemuda berpakaian lusuh berkata :
"Wahai Amirul Mukminin, tegakkanlah hukum Allah, laksanakanlah hukum qishas keatasku. Aku redha dengan ketentuan Allah", ujarnya dengan tegas.

"Namun, izinkan aku menyelesaikan dahulu urusan kaumku. Berilah aku tangguh selama 3 hari. Aku akan kembali untuk penghukuman qishas".

"Mana boleh begitu?", ujar kedua pemuda yang ayahnya telah terbunuh itu.

"Nak, tidakkah engkau mempunyai kaum kerabat atau kenalan untuk menguruskan urusanmu?", tanya Umar al Khattab.

"Sayangnya tidak ada, wahai Amirul Mukminin".
"Bagaimana dengan pendapatmu jika aku mati membawa hutang tanggungjawab kaumku bersamaku?", pemuda berpakaian lusuh itu sebaliknya bertanya kepada Umar.

"Baiklah, aku akan memberimu waktu tiga hari. Tapi harus ada orang yang mahu menjaminmu, agar kamu dapat kembali untuk menepati janjimu" kata Umar.

"Aku tidak memiliki seorang kerabatpun di sini. Hanya Allah, hanya Allah-lah penjaminku wahai orang-orang yang beriman", katanya dalam nada kesedihan..

Tiba-tiba dari belakang kerumunan orang ramai terdengar suara lantang :
"Jadikan aku penjaminnya, wahai Amirul Mukminin".

Ternyata Salman al-Farisi yang berkata.

"Salman?" Umar mengherdik, kelihatan agak marah.
"Kau belum mengenal pemuda ini, Demi Allah, jangan engkau main-main dengan urusan ini".

"Perkenalanku dengannya samalah dengan perkenalanmu dengannya, yaa, Umar. Dan aku mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya", jawab Salman dengan tenang.

Akhirnya dengan berat hati, Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin kepada si pemuda berpakaian lusuh tersebut. Pemuda itu pun segera pergi menguru
skan urusannya.

Hari pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda berpakaian lusuh itu. Begitupun juga hari kedua. Orang ramai mulai tertanya-tanya apakah si pemuda tersebut akan kembali. Kerana dengan mudah sahaja si pemuda itu boleh menghilang ke negeri yang jauh jika ia mahu memungkiri janjinya dan waktu dan masa yg ditetapkan

Hari ketiga pun tiba. Orang ramai mulai meragukan kedatangan si pemuda tersebut, dan mereka mulai khuatir akan nasib Salman, salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling utama.

Matahari hampir tenggelam, hari mulai berakhir, orang ramai sedang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda berpakaian lusuh. Umar berjalan mundar-mandir menampakkan kegelisahannya. Kedua pemuda adik beradik yang menjadi pendakwa kes qishas itu sangat kecewa dengan keengkaran janji si pemuda berpakaian lusuh itu.

Akhirnya tiba waktu jatuhnya hukuman qishas. Salman dengan tenang dan penuh tawakkal berjalan menuju tempat penghukuman. Hadirin mulai teresak-esak menangis, kerana menyaksikan seorang yang hebat seperti Salman akan dikorbankan.

Tiba-tiba di kejauhan ada bayangan seseorang sedang berlari tersengguk-sengguk, sekejap jatuh, sekejap bangun, kemudian jatuh lagi, lalu ia bangun kembali.

”Itu dia!” teriak Umar.
“Dia datang menepati janjinya!”.Masa dan waktunya

Dengan tubuhnya bermandi peluh dan nafas tercungap-cungap, si pemuda itu jatuh di pangkuan Umar.

”Hhuhuh..hh.. maafkan aku.. maafkan.. aku, wahai Amirul Mukminin..” ujarnya dengan susah payah,
“Tidak ku sangka... urusan kaumku... mensiakan... banyak... waktu...”.
”Kupacu... tungganganku... tanpa henti, hingga... ia sampai pada sakaratulmaut di gurun... Terpaksa... aku tinggalkan ia... lalu aku berlari dari sana..”

”Demi Allah”, ujar Umar menenanginya dan memberinya minum,

“Mengapa kau bersusah payah untuk kembali? Padahal kau boleh lari dan menghilang diri?” tanya Umar.

”Aku kembali agar jangan sampai ada yang mengatakan... di kalangan Muslimin...sudah tidak ada lagi pemuda...yang menepati janji...” jawab si pemuda berpakaian lusuh itu sambil tersenyum.

Mata Umar berkaca-kaca, sambil menahan sedihnya, lalu ia bertanya :
“Lalu engkau pula, Salman, mengapa semahu- mahunya engkau bersungguh untuk menjamin orang yang baru sahaja engkau kenal?"

Kemudian Salman menjawab :
"Agar nanti jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin, sudah tidak ada lagi rasa saling percaya dan mahu menanggung beban saudaranya”.

Hadirin mulai merasa sedih sambil menahan tangisan mereka kerana terharu dengan kejadian itu.

”Allahu Akbar!”, Tiba-tiba sahaja kedua pemuda adik beradik itupun berteriak.

“Saksikanlah wahai kaum Muslimin, bahawa kami telah memaafkan saudara kami itu”.

Semua orang tersentak dan terkejut mendengar kata-kata kedua pemuda tersebut.

“Kamu berdua...” ujar Umar.
“Apakah maksudnya ini? Mengapakah kamu..?” Umar semakin terharu.

Kemudian dua pemuda itu menjawab dengan mengatakan :
”Agar jangan sampai dikatakan nanti, di kalangan Muslimin tidak ada lagi orang yang mahu memberi maaf dan sayang kepada saudaranya”.

”Allahu Akbar!”...terdengar ucapan takbir daripada hadirin.

Pecahlah tangisan bahagia, terharu dan sukacita oleh semua orang.

------------

Khamis, 25 Ogos 2016

Belajar di U Alazhar

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur pd Allah akhir abg telah berjays memasuki universiti al-azhar, kaherah, mesir setela keputusan keluar dr kementerian pengajian tinggi.

Abah & mama daftarkn abg dibwh ilmam negeri selangor kerana mudah berurusan walaupun abg sepatutnya dibawah negeri johor. Tak pe, mana2 pun sama yg ptg ilmu yg nk ditimba & dpt kwn2 baru la pulak.

Rombongan selangor telah bertolak ke mesir pd 22 jun, 2016 iaitu pd bln ramadan.. berkat tu ye ank2 wp xsempat nk raya kt tanahair.. mesti seronok bila smpi dibumi anbia..

Oleh kerana abg telah berada di mesir maka abg akn tunggu rombongan & dipanggil oleh wakil ilmam nnt.

Jadi selepas itu, abg dh menetap di Rumah Selangor. Abg telah diberi orientasi & kurus bhs arab sblm menghadapi Imithan Qabul (Peperiksan Tahap Bahasa Arab) pd 20 Julai, 2016.

Setelah keputusan Imtihan Qabul, abg mdpt peringkat  Mutawassi Thani yg membolehkn abg bljr bhs di markaz bhs selama 4 bln shj. Sebaik pengajian univ dibuka pd bln nov, abg akn masuk ke tahun 1. Alhamdulillah & tahniah utk abg.

Doa mama sentiasa utk abg.. so jgn susah hati yg ptg bljr & cari ilmu krn Allah taala.

Ni gmbr2 abg slps masuk rumah selangor & raya aidil fitri disana.

Persedian anak upsr

Assalamualaikum..

Bole ikut zikir2 ini & baca ketika ank dlm bilik peperiksan & sedang mjawab.

Tambahan;
1. Solat hajat di sepertiga mlm atau bila2 mohon kejayan ank & dimudahkn dlm mjwb
2. Baca yassin
3. Zikir2 spt Ya Wahab (Maha Pemberi), Ya Allah atau Asmaul husna sentiasa dibibir ibu
4. Doa ketika igtkn ank yg sedang periksa.

Wassalam

Selasa, 23 Ogos 2016

Persediaan exam dr ibu utk anak

Assalamualaikum..

Got from wa..

Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan..
Perkongsian dpd Ustaz Zahazan Mohamed

1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hjt, sahur, puasa & doakn utk mereka & sekalian org Islam sepanjang puasa
2. Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang
3. Beri anak minum air zam2 atau air masak banyak
4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi
5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab
6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua2 yang lain
7. Ingat ! Jangan sekali2 menjadikan anak stres dengan permintaan2 yang luarbiasa, mmadailah kata2 berisi doa, motivasi & peniup semangat untuk mereka.

Antara surah yg digalakkan utk baca,

1. Surah alam nasyrah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13

Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mndpt ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang ..

Persediaan fizikal & mental lebih2 lg di saat akhir...

1. Sediakn tmpt selasa utk ank study
2. Berikn pemknan yg sihat, ubat minda, pmberi tenaga, kismis, air zam2 & air masak secukupnya. Lg baik baca yassin 3x keatas air tersebut dgn niat.
3. Aturkn buku2 rujukan, kertas2 rujukan yg diperolehi dr sekolah & yg dibeli supaya anak senang/mudah study & rujuk kembali.
4. Beri semangat mengatakn yg ank kita boleh buat terbaik. Berikn ciuman katakn yg kejayaan ini utk kita jd kena buat betul2 supaya dia tak hampakan kita.

Wassalam

Isnin, 22 Ogos 2016

Upsr - countdown 2 minggu lg

Assalamualaikum..

Berdebar2 & hati xtenang mengenangkn ank sorg ni.. ya Allah rezekikn dia utk cemerlang dlm upsr & upsra ini supaya seterusnya dia dpt menyambung ilmu ke tmpt yg lebih baik dan mudah.

Ya Allah, terangkn hatinya. Tajamkn ingatannya & lapangkn dadanya dlm menerima ilmu. Moga hajat kami nk masukkn dia ke sek tahfiz akn tercapai. Aamiin ya rabbalalamin.

Sabtu & ahad lps menghadiri kem motivasi di sra.. hrp adik dpt semangat utk terus berusaha selagi ada masa ini.

Sudah sampai masanya

Assalsmualaikum...

Sedar2 dh 2 minggu kakak iparku, Shahbinar Ahmad meninggalkan kami semua pd 8 Ogos lepas. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan tmptkn beliau dikalangan org yg solehah. Amiin.

Terigt kali terakhir berjumpa dia masa nk htr anknya ke mesir. Sempat dia singgah ke rmh sblm ke klia.
Pd masa tu dia ckp, duduk di hospital kencing manis & darah tingginya dh normal cuma kaki yg bengkak xsurut2 tp katanya ada ubat utk surutkn kaki tu.

Allahuakbar.. terigt semula saat akhir tu. Sedih. Apa2 pun jd pengajaran kpdku, yg hidup pasti akn mati iaitu kembali kpd Pencipta.

Ahad, 7 Ogos 2016

Sentiasa positif & redho dgnNya

Assalamualaikum...

Dah 3bln x buat posting... mcm2 hal yg dah berlaku.. mana yg ptg akn try buat posting kemudian utk rujukan kemudian hari..

Yang penting ujian yg berlaku akn meningkatkn keimanan pd Allah swt. Lalui dgn sabar & redho krn ganjarannya utk akhirat kita yg kekal.

Ya Allah berilah kekuatan kpd ku. Hanya Engkau tmpt ku mengharap.