Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Ahad, 30 Disember 2012

Ketentuan Allah mengatasi segalanya.. Perginya abah..

Salam

Ketentuan Allah mengatasi segala2nya...

Walau dah plan berbagai2 utk keluargaku... akhirnya, kami pasrah di atas pemergian abah pd 7 Safar 1434 atau 21-Disember-2012.

Tidak ku duga, lebih sebulan menjaga beliau, merupakan saat akhir kita bersama.. namun aku b'syukur kerana telah menunaikan hajat beliau utk ke rumah ku.


Genap setahun kalendar Islam mak meninggalkan kami, akhirnya abah pula menyusul. Mak pergi pd tanggal 28 Safar 1433H atau 22-Januari-2012 (jatuh pd raya cina).

Ya Allah cucuri rahmat ke atas roh abahku.. & roh ibuku jua Amin!

Selasa, 18 Disember 2012

Cuti Sekolah - Plan & @ Maha 2012

Salam

Plan utk ke Langkawi ujung bln ni ie utk 3D2N tp hubby lak 2D1N, apa2 pun tengok la dulu mcm mana nanti. Oleh kerana hubby tak mahu booking apa2, dia prefer walk-in shj & buat apa yg patut selepas tu, maka tak dpt nak tentukan betul2 budjet.

Ini gambar2 kami di MAHA 2012.. Standard kalu gi MAHA, dpt tgk binatang2 ternakan & peliharan & juga teknologi pertanian berserta tanam2an yg dihasilkan.
























Keputusan PMR diumumkan hari ini!!!

Salam

Afiq telah ke JB smlm utk mengambil result di sekolahnya.
apa yg kuharap ialah apa2 keputusan yg abang dpt.. kami terima seadanya.. kalau result baik, itu adalah usahanya.. kalau tidak berapa baik pun, jadikan ini sbg kayu pengukur utk teruskan usaha..
apa2 result yg abang perolehi pun ucapan syukur Alhamduillah..

tepat kol 11am tadi, abang dah kol ku utk umum keputusannya... syukur pd Allah
mama bangga dgn mu, apatah lg matematik boleh score A, tahniah!

nasihat mama ialah sekarang abang perlu teruskan perjuangan.. tahu apa yg dicita2kan & jgn mengalah walau apa jua halangan & dugaan. bagi mama, keputusan itu adalah satu titik utk abang terus berusaha lebih giat lagi..


Rabu, 12 Disember 2012

Peringatan

Salam


selamat & moga cepat sembuh

salam
alhamdullilah, adham hafiz telah selamat berkhatan pd Ahad, jam 10pagi di Masjid Islah, Serdang Raya. Program Berkhatan beramai2 ini dianjurkan oleh masjid ini.. Adham budak yg ke-11 & terakhir sekali dlm list berkhatan


Saat Menunggu..

Kawan2 yg dah lepas... cool je muka budak2 ni

Sudah siap.. muka bengkak menangis... huhuhu






Melayan diri... smpi keboringan atas katil


walaupun adham menangis & meronta2.. geram juga sbb dah dibius tapi masih nak menangis.. aduh! puas kupujuk2 utk dia tenteram, hubby dah lama keluar bilik sbb katanya kalau kita ada, dia mcm mengada2, pulak?
tapi aku tetap bersama2 Adham, bg sokongan moral.. akhir sekali pujuk dgn menyuruh berselawat & suruh dia ingat Allah.. Alhamduillah, selesai juga dia berkhatan.

kini dah hari ke 4, nampaknya dah ok kerana dia perlu berpantang.. pantang sama mcm org b'salin hehehe

menu utk dia pd hari pertama - masak asam ikan talang kering, hari ke-2 & 3 - ikan haruan goreng & haruan masak asam &cili sos.. berselera katanya, sbb kena bersuap la tu & makan masa panas2..

rasanya perlu cuba byk menu utk dia, supaya cepat sembuh..

pada sabtu lepas, k.ipar dtg dgn family menolong aku masak2 utk makan adik b'adik.. ku jemput semua adik b'adik ku & hubby yg bole smpi ke rumah ku; menunya Gulai ikan talang kering dgn nenas, sup soto ayam & ulam2an

smlm k.ipar dah balik atas urusan ank2 yg nak masuk kursus pd esoknya.

Khamis, 6 Disember 2012

persiapan majlis berkhatan

salam

esok & lusa merupakan hari yg sibuk buat ku;
- rumah perlu ku kemas supaya tetamu2 yg dtg akan selesa. walaupun majlis khatan nya di masjid, tapi adik b'adik ku akan hadir ke rumah & ku jemput sekali k.yam(pengasuh ank2ku) sekeluarga

- persiapan utk makan tengahari  (adham akan berkhatan pd 9 pagi)
menu utama nasi & lauk pauk - ikan kering talang lemak dgn nenas, sambal belacan & ulam2an, sayur goreng & ikan goreng & buah
bakar kek dlm 2 biji (zebra cake & cheese cake), kuih or puding belum ada idea lagi, 
-adik ipar kata akan bwk sebakul durian, jd kena prepare pulut & kelapa



Isnin, 3 Disember 2012

Adham akan berkhatan ahad 9-dis

Salam

Alhamdullilah, telah dpt tarikh utk Adham Hafiz berkhatan iaitu pd ahad ini 9-Dis, 2012 bersamaan 25 Muharam 1434 H.

In Sya Allah, nak buat makan2 sikit dgn adik b'adik..  hubby dah confirmkan Menu nya ;

From: Aminurdin Ahmad [aminurdin@agc.gov.my]
Sent: Monday, December 03, 2012 1:27 PM
To: Mariani Bt Mohamad
Subject: RE:
Waalaikum salam

Boleh…masak lemak ikan talang masin + nenas, masa lemak sayur, ulaman, ikan goreng dan sambal belacan. Kat rumah saja dgan adik beradik tak yah pi masjid laa kot..ok

From: Mariani Bt Mohamad [mailto:mariani@jaring.my]
Sent: Monday, 3 December, 2012 1:06 PM
To: Aminurdin Ahmad
Subject: RE:

salam abg

nak buat makan2 tak ahad ni sempena sunat adham.. kita bwk makanan ke masjid mlm tu dgn jemput adik b'adik,
nak ajak k.bit tolong ler.. dia mmg nak dtg sini..




 
Aku cuba utk menjemput k.ngah kerana k.bit akan dtg gak lagi meriah, tp dia tak dpt hadir coz keretanya tayar dah botak.. Ok, tak pe lah..

Lepas ni, kami akan menghantar abah semula dibawah jagaan k.ngah, samada terus ke Segamat atau balik ke Muar dulu pada 15-Dis ni

Seterusnya, In sya Allah cuti2 malaysia selama seminggu iaitu balik ke kedah & bercuti di Langkawi..

Ya Allah, permudahkan la urusan kami