Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Selasa, 21 Ogos 2012

Rabu, 15 Ogos 2012

26 Ramadhan...sudahkan tercapai

Salam

hari ni sudah 26 Ramadhan.. masih ada lg peluang utk mengejar mlm lailatul qadar, teruskan & istiqamah dlm memeriahkan mlm2 yg tinggal

dari http://www.abuanasmadani.com/?p=1543


Jumaat, 10 Ogos 2012

Tazkirah - 10 Ramadhan Terakhir

21Ramadhan 1433, Ustazah Maznah Daud 1-2pm

Allah swt telah memilih puasa sbg satu ibadat yg perlu ditunaikan (wajib).
Puasa khususnya utk Allah swt kerana Dia shj yg mengetahui keikhlasan manusia atau niat sebenar berpuasa.
Puasa menguju keikhlasan & ketulusan kita pd Allah swt.
Puasa ada kaitan dgn sabar  & utk menyekat anggota kita dp membuat perkara dilarang Allah. Jika ada berlaku dosa, cepat2 b'istigfar &  minta maaf kpd manusia yg kita umpat @ aniaya, maka kita akan dpt semula pahala tsbt.

Berpuasalah dgn iman & itisab utk dpt pengampunan Allah swt.
Itisab bermaksud mengahrap Allah menganjari kita, mudah2an puasa diterima Allah swt.

Jika diterima Allah, kita akan keluar dr bln ini spt baru dilahirkan.
Amalan2 yg perlu
1. Sauma' - amalan disiang hari iaitu berpuasa
2. Qiam - amalan dimalam hari

Makanya, sesiapa yg beramal pd 10 hari terakhir, pd mlm Lailatul Qadar itu, dia akan rasa ada kesan iaitu pd siapa yg mencarinya. Maka pentingya amalan berterusan pd tiap2 mlm ini.
Ganjaran pd mlm Lailatul Qadar ialah bersamaan 1000 bulan.

Jika perempuan yg kedatangan haid, mrk boleh la m'buat ibadat selain solat & tilawah. Lain2nya spt zikir & sedekah bole dibuat secara b'terusan. Boleh sedekah dimasjid pd mlm2 tsbt.

Makanya lebih kita b'niat sblm Ramadhan lg iaitu berjanji akan membuat amalan pd tiap2 hari Ramadhan terutamanya 10 hari t'akhir. Jika haid, kita tetap m'dpt pahalanya.

Pendeknya pd Ramadhan hendaklah;
1. puasa
2. qiam spjg mlm ramadhan
3. qiam secara khusus 10 ramadhan t'akhir atau mlm2 ganjil pd 10 mlm t'akhir

Waallahualam..

Rabu, 8 Ogos 2012

20 Ramadhan hari ini.. sama2 mengejar ganjarannya

Salam

sudah 20 Ramadhan kita tempuhi, kejar & rebut la ganjaran 10 hari terakhir ini.. tidak ada bulan selain bulan Ramadhan yg di dalamnya terdapat berbagai2 pahala & keredhaan Allah terutama di mlm Lailatul Qadar yg menyamai 1000 bulan.

Jalan tinggalkan bacaan al-Quran, qiamullail (solat tahajud, solat taubat & hajat) & zikir & selawat. Di samping selawat terawih, jgn sesekali ditinggalkan krn kita telah rasa selesa slps 20 hari b'puasa.. teruskan istiqamah supaya ganjaran seterusnya diperolehi.. Malah tlg la pertingkatkan amalan, minta la Allah beri petunjuk utk kita kearah yg lebih baik, lebih extra dpt ibadat2 kita sebelumnya.

Ini adalah peluang sekali dlm setahun & belum tentu lg kita ada berada di bln Ramadhan di thn hadapan. Minta Allah panjangkan umur utk b'temu kembali & kesihatan yg baik.. Amin!


Selasa, 7 Ogos 2012

Luahan Anakmu Abahku..

Salam abah

abah shj la yg tinggal utk aku bermanja spls pemergian emak tempoh hari, masih terasa sedih & kehilangan lagi atas pemergian mak..

abah, aku ingin lihat abah gembira di dunia.. aku ingin abah kembali spt dulu.. tp aku harus redha dgn ketentuan Nya.. ada hikmah disebaliknya..

abah, kami berjanji akan menjaga abah sebaiknya, kami ingin memahami hati abah.. maafkan kami andai kami terlepas pandang.. melukai hatimu secara tak langsung..

Ya Allah, jadikan abah ku sihat kembali & dpt beramal ibadat kpd Mu.. di saat ini, Kau shj mengetahui hatiku ni.. tak dpt aku gambarkan dgn kata2 lagi



Ahad, 5 Ogos 2012

Abah & buka puasa dgn adik beradik..

Salam

Syukur telah dpt jumpa abah pd sabtu lepas, semua anak2 pun ada bersama kerana asrama bg cuti @ outing.. afiq dari JB & baby pun dpt balik bersama2 dgn atuk berkumpul..



Dpt juga beriftar bersama2 adik beradik ku.. syukur alhmdullilah, moga dpt berjumpa & b'kumpul lagi nanti.














Sempat main bunga api no....



Jumaat, 3 Ogos 2012

Ramadhan..

ANTARA KEISTEMEWAAN DAN KELEBIHAN RAMADHAN


Pintu Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hanya Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Orang Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu Allah Taala dan Berbuka.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Dari Kasturi.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauan kasturi.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Diturunkan al-Quran al-Karim.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang salah).
(Surah al-Baqarah: ayat 185).

Amalan Puasa Dinisbahkan Khusus Kepada Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah Taala berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Khamis, 2 Ogos 2012

Menu Ramadhan

Salam...

aku tempek gambar yg sempat & free.. supya bole refer blk utk ulang2 idea menu utk hari lain..

 Tenggiri Goreng & Tempe Goreng, Asam Pedas Ikan Tenggiri

Cempedak Goreng & Goreng Pisang, Sambal Belacan & Ulam2an

Ikan Selar Masak Kicap & Sayur Taugeh& Kucai Masak Lemak
Ulam2 la & Ayam Golek yg dibeli

 Ayam Mask Merah & Nasi Hujan Panas aka Nasi Minyak

Ikan Pindang Serani & Bayam Tumis
 Manisan..







Rabu, 1 Ogos 2012

13 Ramadhan.. Perjalanan seterusnya

Salam

bagaimana dgn amalan kita setakat ni ?
sama2 la muhasabah... teruskan pertingkat amalan.. Ya Allah berila daku kekuatan..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”. (riwayat Ibnu Majah). 

Bulan Ramadhan adalah bulan yg penuh kerahmatan, keampunan (maghfirah) & dibebaskan dr api neraka.
Maksud sebenarnya bg ayat diatas adalah bukan lah Ramdhan itu dibahagi kpd 3 bahagian..malah kelebihan itu ada disepanjang bulan tersebut. Sama2 merebut segala kebaikan didalam nya...

Ya Allah beri kan daku cahaya petunjukMu..

Doa di bulan Ramadhan


Salam

di fwd oleh hubby
Hari: 1
Ya ALLAH.
Jadikanlah puasaku seperti puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa.
Dan ibadah malamku seperti ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam.
Dan peliharalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai.
Hapuskanlah dosaku, wahai Tuhan Sekalian Alam.
Dan ampunilah aku, wahai Pengampun para pembuat dosa.

Hari: 2
Ya ALLAH.
Dekatkanlah aku kepada keredhaanMu.
Dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasanMu.
Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayatMu.
Dengan rahmatMu, wahai Maha Pengasih dari semua pengasih.

Hari: 3
Ya ALLAH.
Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan.
Dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan.
Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan.
Demi kemurahanMu, wahai Zat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan.

Hari: 4
Ya ALLAH.
Berikanlah kekuatan kepadaku untuk menegakkan perintah-perintahMu.
Dan berilah aku kemanisan berzikir mengingatiMu.
Berilah aku kekuatan untuk memanjatkan syukur kepadaMu dengan kemuliaanMu.
Dan jagalah aku dengan penjagaanMu dan perlindunganMu, wahai Zat Yang Maha Melihat.

Hari: 5
Ya ALLAH.
Jadikanlah aku di antara orang-orang yang memohon ampunan.
Dan jadikanlah aku sebagai hambaMu yang soleh dan setia,
serta jadikanlah aku di antara auliaMu yang dekat di sisiMu.
Dengan kelembutanMu, wahai Zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Hari: 6
Ya ALLAH.
Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadapMu.
Dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasanMu.
Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaanMu.
Dengan anugerah dan bantuanMu, wahai Puncak Keinginan orang-orang yang berkeinginan.

Hari: 7
Ya ALLAH.
Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosaNya.
Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingatiMu secara berkesinambungan.
Dengan taufiqMu, wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat.

Hari: 8
Ya ALLAH.
Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makanan,
serta penyebaran salam dan pergaulan dengan orang-orang mulia.
Dengan kemuliaanMu, wahai Tempat Berlindung bagi orang-orang yang berharap.

Hari: 9
Ya ALLAH.
Sediakanlah untukku sebahagian dari rahmatMu yang luas.
Dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaranMu yang terang.
Dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaanMu yang penuh dengan kecintaanMu,
wahai Harapan orang-orang yang rindu.

Hari: 10
Ya ALLAH.
Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepadaMu.
Dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang menang di sisiMu.
Dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang dekat kepadaMu.
Dengan ihsanMu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari: 11
Ya ALLAH.
Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik.
Dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan.
Jauhkanlah aku dari kemurkaanMu dan api neraka.
Dengan pertolonganMu, wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.

Hari: 12
Ya ALLAH.
Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian.
Tutupilah diriku dengan pakaian qanaah dan kerelaan.
Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus.
Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti.
Dengan penjagaanMu, wahai Penjaga orang-orang yang takut.

Hari: 13
Ya ALLAH.
Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan.
Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan.
Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa.
Dan bergaul dengan orang-orang yang baik.
Dengan bantuanMu, wahai Dambaan orang-orang miskin.

Hari: 14
Ya ALLAH.
Janganlah engkau hukum aku kerana kekeliruan yang ku lakukan.
Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan.
Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka.
Dengan kemuliaanMu, wahai Kemuliaan kaum muslimin.

Hari: 15
Ya ALLAH.
Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyuk.
Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal.
Dengan keamanan-Mu, wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut.

Hari: 16
Ya ALLAH.
Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik.
Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat.
Dan naungilah aku dengan rahmatMu hingga sampai ke alam akhirat.
Demi ketuhananMu wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Hari: 17
Ya ALLAH.
Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku.
Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan.
Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam.
Selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang suci.

Hari: 18
Ya ALLAH.
Sedarkanlah aku akan berkah-berkah yang terdapat di saat saharnya.
Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya.
Dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya.
Demi cahayaMu, wahai Penerang Hati para arifin.

Hari: 19
Ya ALLAH.
Penuhilah bahagianku dengan berkah-berkah Ramadhan.
Dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya.
Janganlah Engkau jauhkan aku dari keterkabulan amal-amalku di dalamnya.
Wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran yang terang.

Hari: 20
Ya ALLAH.
Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka.
Dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca al-Quran.
Wahai Penurun Ketenangan di dalam hati orang-orang mukmin.

Hari: 21
Ya ALLAH.
Berilah aku petunjuk menuju kepada keredaanMu.
Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku.
Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirehatan.
Wahai Pemenuh Keperluan orang-orang yang meminta.

Hari: 22
Ya ALLAH.
Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu.
Turunkan untukku berkat-berkatMu.
Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredaanMu.
Dan tempatkanlah aku di dalam syurgaMu yang luas,
wahai Penjawab Doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Hari: 23
Ya ALLAH.
Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib.
Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku,
wahai Penghapus Kesalahan orang-orang yang berdosa.

Hari: 24
Ya ALLAH.
Aku memohon kepadaMu hal-hal yang mendatangkan keredaanMu.
Dan aku berlindung denganMu dan hal-hal yang mendatangkan kemarahanMu.
Dan aku memohon kepadaMu kemampuan untuk mentaatiMu serta menghindari kemaksiatan terhadapMu, wahai Pemberi para peminta.

Hari: 25
Ya ALLAH.
Jadikanlah aku orang-orang yang menyintai auliyaMu dan memusuhi musuh-musuhMu.
Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup NabiMu,
wahai Penjaga Hati para Nabi.

Hari: 26
Ya ALLAH.
Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri,
dan dosa-dosaku diampuni,
amal perbuatanku diterima,
dan seluruh aibku ditutupi,
wahai Maha Pendengar dari semua yang mendengar.

Hari: 27
Ya ALLAH.
Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lail al-Qadr,
dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah.
Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa serta kesalahanku,
wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya yang soleh.

Hari: 28
Ya ALLAH.
Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan sunnah,
dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan.
Dekatkanlah perantaraanku kepadaMu di antara semua perantara,
wahai Yang Tidak Disibukkan Oleh Permintaan orang-orang yang meminta.

Hari: 29
Ya ALLAH.
Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah aku taufiq dan penjagaan.
Sucikanlah hatiku dari noda-noda fitnah,
wahai Pengasih terhadap hamba-hambaNya yang mukmin.

Hari: 30

Ya ALLAH.
Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur,
dan penerima di atas jalan redhaMu dan redha rasul.
Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya.
Demi kenabian Nabi Muhammad dan keluarganya yang suci,
dan segala puji bagi ALLAH Tuhan Sekalian Alam.


Beberapa Doa Lain di Bulan Ramadhan

1. Doa Masuk Bulan Ramadhan

Ya ALLAH.
Sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan.
Ya ALLAH,
Tuhan pemilik bulan Ramadhan.
Engkau turunkan di dalamnya Al-Quran,
Engkau jadikan Al-Quran penjelasan petunjuk antara yang hak dan yang batil.
Ya ALLAH berkatilah kami di bulan Ramadhan ini.
Bantulah kami untuk melakukan puasa dan solat di dalamnya dan terimalah amal ibadah kami.

2. Doa Selesai Solat Fardu

Ya ALLAH.
Masukkanlah rasa bahagia pada para penghuni kubur.
Ya ALLAH kayakanlah semua yang fakir.
Ya ALLAH kenyangkanlah semua yang lapar.
Ya ALLAH berilah pakaian semua yang telanjang.
Ya ALLAH bayarkan hutang semua yang berhutang.
Ya ALLAH lepaskan semua orang yang menderita kesulitan.
Ya ALLAH kembalikan semua yang berada dalam pengasingan.
Ya ALLAH bebaskan semua yang tertawan.
Ya ALLAH perbaikilah semua urusan kaum Muslim yang rosak.
Ya ALLAH sembuhkanlah semua yang sakit.
Ya ALLAH tutuplah kefakiran kami dengan kekayaanmu.
Ya ALLAH ubahlah keadaan kami yang hina dengan sebaik-baiknya sebagaimana keadaanMu.
Ya ALLAH bantulah kami membayar hutang-hutang kami dan kayakanlah kami dari kefakiran.
Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

3. Doa pada malam Lail al-Qadr

Rasulullah SAW memberitahu kita mengenai malam al-Qadr dan doa yang harus dibaca padanya. Berdasarkan riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi, dari Aishah RA ia berkata, “Saya bertanya, Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu seandainya saya tahu malam jatuhnya Lail al-Qadr itu, apakah (doa) yang harus saya ucapkan pada waktu itu?

Maka ujar Nabi SAW, Katakanlah Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan maka maafkanlah diriku ini.”

4. Doa Orang Berpuasa

Rasulullah SAW menganjurkan agar kita banyak berdoa dengan doa berikut, “Ya ALLAH, kami memohon keredaan dan syurgaMu dan kami berlindung denganMu dari kemarahan dan api nerakaMu.”