Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Ahad, 18 Disember 2011

new camera... nikon s5100

ni la kamera baru, menggantikan yg lama yg dibeli pd tahun 2004, sudah 7 tahun maaa...
kita tgk yg ni akan bertahan bp tahun pulak..

Khamis, 1 Disember 2011

Puasa Sunat - 10 MUHARRAM



"Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari asyura’ dan Rasulullah SAW memerintahkan kepada para sahabat untuk berpuasa, dan para sahabat bertanya : Ya Rasulullah! Bukankah hari Asyura’ adalah hari yang diagungkan oleh orang yahudi dan nasrani. Maka Rasulullah SAW bersabda : Apabila tahun yang akan datang insyaALLAH kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan. Berkata Abdullah Ibnu Abbas : Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah SAW telah wafat “. ( Riwayat Muslim)

Ulasan Hadis :
1. Di dalam hadis ini Nabi SAW menganjurkan supaya kita berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri didalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.
2. Mengenai ibadat puasa pada hari ‘asyura ini, Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah menyenaraikan beberapa hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Antaranya :
i) Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapaun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih
ii) Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud.
3. Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah:
i) Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
ii) Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
iii) Puasa pada hari ke 10 sahaja.
4. Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program membuat bubur ‘asyura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW.
5. Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama.
Oleh yang demikian, jika kita tetap mahu diadakan program membuat bubur tersebut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan didalam Islam. WALLAHU’ALAM