Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Jumaat, 12 Mei 2023

where my 2021 till 2023?

Allahhu allah.. bkn senang nk menanam blk utk menulis.. baik menanam pokok je kn..  byg kn dr 2020 menulis & sepi gitu je blog ni.. then tetiba ank tanya.. ma apa nama blog ma dulu ty.. aduh..baru ku igt.. dh bersawang rupanya .

now dh mei 2023.. nk teruskn...hmmm byk citer ler 2020 till 2023..3 yrs plus..

byk berlaku weii.. jom recall satu persatu..

Isnin, 17 Ogos 2020

Hampir Setahun Menyepi

Assalamualaikum.. lama gak menyepi.. jom mula letak nota2 ilmu & suka duka kehidupan dlm blog yg mudah nk rujuk or kenang kembali..

pd dh jd hampir one year ago..
1, abg blk bercuti dr mesir julai 2019.. extend smpi nov 2019.. ma tlg tanggung kos rm500 tukar date utk flight. abg bljr bwk moto kete.. ada promosi rm750 jer for both. lulus kedua2 alhamdulillah.. cuma kete amjk 2 kali..

2, bby still bljr (thn 1 & 2) di univ azhar & abg continue thn 4 slps blk.. kata bby xmau blk till finished study . ok la camtu, good for her & hope she can explore more at egypt. she enjoy there.

3, acu sambung bljr, amik stam dia smanazah, dia minat tu.. so ikut je la.. result spm keluar mac 2020, syukur alhamdulillah.. rezeki acu begitu.. acu decide utk continue stam.. moga Allah terus cemerlang dunia & akhirat

3, idam still di Dh.. moga dipermudahkn bg nya menghafal alquran, jd sorg huffaz satu hr nnt.. moga dia terus matang menilai & menentu masa dpn nya.. mac2020 ajak dam ke CH utk bercuti wp cara tu xbp ok 🙏😁 supaya dam dpt lps ikut..  then dam masuk hostel few days after dh cuti.. tp during cuti ni start PKP

ok sambung pkp onwards 

today 18/2020 rainy outside.. but me need to feed all the ternakan.. ayam & itik
need to continue.. much more exciting story after this 💖💖🌹🌹

Selasa, 5 November 2019

Lamanya Menyepi.. Azam Nov 2019 dan seterusnya

Assalamualaikum...
lama tul menyepi dr blog ni.. nk tinggalkn terus syg pulak... dh berkurun2 membina nye.. heiii

Now nk citer psl nk diet blk.. after  3 years mula diet berhenti.. tiba2 rasa needs to start again. ye la kn, makin tua bdn pun mcm nk expired.. so berigt la.. hrp sihat & kuat hingga mati, so that tak susahkn sesape..

memang dh plan nk kena diet ni setelah berenti sbb pindah blk kg husbnd.. so nk tolak2 bila org ajak mkn agak susah gak.. kita kurus skt pun ada ckp nmpk sakit.. allahuakbar.. tp lantak la kn.. yg xbole sgt tu.. kena masak lain dr org.. dh jd 2 kali.. aduh.. tu la dugaan

start bln nov 2019 ni dh mula & azam.. then tiba2 hubby pun nk ikut.. maka insya Allah.. plan jd kot.. tp kali ni nk berhemah skt ye.. tak la drastik sgt.. bole hipo mcm masa mula2 dulu..

moga niat kami tercapai.. dpt sihat & hati senang. bdn pun kuat utk buat ibadat pd Allah.

umur makin tua dh.. maka mkn bersederhana..cari peluang byk utk ibadat & buat kebaikan.. lillahhitaala.


Aamin..

Isnin, 27 Mei 2019

Nota Peringatan Lailatul qadar 3

Tazkirah oleh:
Dato' Dr Fatma El-Zahra
Surau Al-Islah
Tmn Seri  Keramat

📌Bagi yg merasakan kurang berpuas hati dgn  ibadah puasanya sejak dr hari pertama berpuasa,  anda  tidak perlu risau.  Kerana masih ada peluang lagi yg Allah berikan. Peluang terakhir ramadhan itu adalah pd 10 malam terakhir.
📌Pd 10 mlm terakhir ini,  banyakkan berjaga  di sebelah malam. (biarlah pd 10 mlm terakhir ini, waktu kita bertukar. Sblh siang, rehat/tidur secukupnya utk kita berjaga/beribadah di sebelah malam.
📌Jika perlu, ambillah supplemen tambahan agar kita tetap sihat/cergas pd mlm2 itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah.
📌Bangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dgn solat, zikir dan mengaji Al-Quran
📌Kurangkan menonton tv pd mlm2 ini
📌Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 mlm terakhir, *jangan tinggal doa: "Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni*"
✅Sentiasa amalkan langkah2 ini sebelum berdoa:
1) Puji Allah dahulu. Dgn 99 nama2-Nya
2)Berselawat
3)Istighfar
4)Doa
📌Apa yg kita doakan, sentiasa diulang 3×. Kerana Allah sangat menyukai angka 3, manakala Nabi saw menyukai angka 7.
📌Banyakkan berdoa dgn memuji Allah. Qadar dan Qada  Allah boleh diubah dgn doa.
📌Kpd wanita yg dlm haid, tetap jangan lepaskan peluang ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Isikan mlm2 ini dgn ZIKIR DAN DOA.
📌Jangan sibukkan diri dgn membuat kuih raya pd mlm2 ini. Buat persiapan raya pd waktu siang. Jgn lepaskan peluang yg Allah berikan ini.
📌Sepanjang mlm2 ini, hidupkan suasana harmoni dlm rumah kita. Elakkan sebarang perbalahan antara suami/isteri/anak2/adik beradik. Sentiasa bersabar dgn kerenah suami/isteri/anak2 sehingga 10 mlm ini berakhir. Tetaplah bersabar dan berdoa tanpa jemu jika anak2 yg degil sekalipun. Allah mendgr doa ikhlas kita
📌 Jika tiada suasana aman di dlm rmh kita, kita tidak mungkin dpt bertemu dgn mlm lailatul  qadar. Krn pernah terjadi pd zaman Nabi saw, terdpt 2 org pemuda yg bertengkar, dan terus malaikat Jibrail membatalkan utk memberitahu bila sbnrnya mlm lailatul qadar itu. *CREATE PEACEFUL IN OUR HOUSE*
📌Jika kita ada merasai kelainan pd mlm ini nanti, beritahu ahli keluarga kita yg lain. Kejut mrk, jika mrk tidur.
📌Bermula dari hari ini sehingga mlm2 tersebut:
1)Sentiasa dlm berwudhu
2)Sentiasa pakai pakaian yg bersih
3)Sentiasa dlm keadaan wangi
👉Kerana kita ingin malaikat sentiasa berada dgn
kita
📌Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu, tanpa dosa2 kita diampunkan Allah. InsyaAllah, jika kita melepasi Ramadhan ini dgn dosa2 kita diampunkan Allah, kita tidak akan melakukan perkara2 yg dilarang Allah di luar bulan  Ramadhan nanti.

Nota Peringatan Lailatul Qadar 2

CADANGAN AMALAN SEPANJANG 10 HARI AKHIR RAMADHAN (العشر الأواخر من رمضان)

1) Tunaikan Solat Fardhu pada awal waktu dan secara berjemaah.

2) Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail pada setiap malam.

3) Bersedekah walaupun RM 1 pada setiap malam.

4) Membaca al-Quran walaupun satu muka surat setiap malam.

5) Berbuat baik dan banyakkan khidmat bakti kepada ibu bapa, isteri dan anak-anak.

6) Banyakkan berzikir, beristighfar  dan berdoa.

7) Ulang sebanyak-banyaknya doa yang diajar oleh Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam kepada isteri Baginda, A'isyah Radhiayallahu 'Anha:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

8) Banyakkan bertenang dan jauhkanlah diri daripada sebarang perbalahan.

9) Banyakkan berdoa semoga Allah menerima segala amal ibadah yang telah dilakukan.

10) Hindarkan diri daripada sifat riya', 'ujub, sum'ah dan takabbur dengan amalan yang telah dilakukan.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk melaksanakan ibadah sebaik mungkin untuk-Mu khususnya pada penghujung Ramadhan yang mulia dan terimalah segala amalan kami".

A'AmM,Ahad, 21 Ramadhan 1437H - 26 Jun 2016.

Nota Peringatan Lailatul qadar 1

🌱❄🌱❄🌱❄🌱❄🌱❄

🎯 *Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan* 🎯

🎥Daripada Syaikh Tawfique Chowdhury, CEO Mercy Mission yg diterjemahkan Ustadz Hilman Rosyad Lc.

Bismillah...⛳

☺⏰1. Mulakanlah dengan *niat yang bersih dan tulus.* Jika sampai hari ini ibadah terasa belum maksima, bersiaplah untuk memaksimakannya. Jika anda benar-benar ingin memperbaikinya, masih ada waktu!

📖💪🏻2. Hari ini, *bacalah tafsir surah Al-Qadr, dan fahamilah apa yang sebenarnya terjadi pada malam al-Qadr.* Anda pasti akan dapat merasakan keagungan dan kekuatannya insya Allah.

🎯3. Jangan menunggu hingga malam ke 27 untuk mengerahkan segalanya. Seluruh malam dari 10 malam terakhir sepatutnya dijadikan sebagai matlamat. *Bangunlah setiap malamnya.* Jangan biarkan malam Al-Qadr berlalu begitu sahaja.

😳❎4. Jangan terikut-ikut dengan perayaan-perayaan atau kegiatan-kegiatan yang diada-adakan (penambahan dalam agama/bid’ah) oleh kelompok-kelompok tertentu. *Ikutilah sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.* Tuntunan baginda adalah, “Barangsiapa yang berjaga (sedikit tidur) dan berdoa pada malam Al-Qadr dengan iman dan pengharapan akan ganjarannya, dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

🔖🤲5. *Hafalkan* doa malam Al-Qadr yang diajar oleh Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam ini:
*اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي*
Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku).

📝👬6. *Siapkan senarai pendek doa-doa untuk dipanjatkan.* Ingat, ini adalah waktu yang sangat istimewa bagi seorang hamba. Malam Al-Qadar! Malam ditetapkannya takdir! Pilihlah doa-doa terbaik untuk agamamu, dunia akhiratmu dan keluargamu. *Jangan lupakan saudara-saudara muslimin* yang sedang dalam kesusahan di pelbagai belahan dunia.

💤😃7. Ambil kesempatan untuk tidur siang sejenak jika memungkinkan. Jagalah perutmu agar tidak terlalu kenyang dan tidurlah segera setelah Solat Isya' dan tarawih sekadar untuk menyegarkan diri. Lalu bangunlah untuk beribadah.

👨‍👩‍👧‍👦8. *Jangan lupakan keluargamu!* Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam mengejutkan para isterinya untuk bangun beribadat pada malam-malam ini. Anak-anak pun boleh diajak beribadah buat beberapa saat, walau mungkin tidak lama seperti orang dewasa. Siapkan, beri semangat dan motivasi kepada mereka!

👔👚9. Cara kita berpakaian dan mempersiapkan diri berpengaruh secara psikologis. Pakailah pakaian yang bagus dan wangi-wangian (khusus di rumah untuk wanita) ketika beribadah.

🕋🕌10. *Pilihlah spot khusus yang kondusif untuk beribadah,* sama ada di masjid ataupun di musholla. Letakkan sejadah, mushaf dan air minuman sehingga kita tidak perlu beranjak dari sana jika perlu minum.

📱💻11. Ini *BUKAN malam untuk pasang status* (misalnya: “Alhamdulillah, nikmatnya bermunajat kepada-NYA malam ini” dsb) di FB atau media sosial apapun. Biarlah itu menjadi rahsia indah antara hamba dengan Rabb-nya. Maka, matikan dulu HP, tablet dan komputer. *Putuskan dulu hubungan dengan dunia, dan nikmati jalinan hubungan dengan Al-‘Afuww!*

😪😴12. *Jika mengantuk, maka variasikan bentuk ibadah* antara solat, bermunajat dan membaca Al-Quran. Lakukan bergantian. Jangan habiskan malam untuk mendengarkan ceramah atau tilawah, atau kalau sangat mengantuk, dengarkan sebentar sahaja untuk menghilangkan rasa mengantuk tersebut.

💟🔐13. *Sabar adalah kuncinya.* 10 malam terakhir mungkin akan sangat memenatkan. Anda mungkin masih perlu bekerja, ke sekolah atau melakukan pelbagai aktiviti yang lain. Ini adalah saat untuk bersabar dengan kepenatan itu. Ingatlah Allah telah menganugerahimu kesempatan berharga (akan luasnya keampunan) yang kemungkinan tidak akan datang lagi. Bukankah kita akan berlari walau apapun yang terjadi jika kita tahu pasti bahawa ini adalah Ramadhan terakhir kita dan syurga hanya selangkah lagi?

👐🏻💗14. Ini *yang paling penting iaitu husnuzzon (bersangka baik)lah kepada Allah.* Ketika bermunajat, ingatlah anda sedang meminta daripada Raja Yang Maha Pemurah. Jika anda berharap yang terbaik, Dia akan memberimu yang terbaik. Jangan ragu-ragu, yakinlah dan tumpahkan seluruh isi hatimu di hadapan-NYA. Jangan biarkan perasaan ragu-ragu dan prasangka buruk menjauhkanmu dari Ar-Rahman Ar-Rahim.

❤ *Jangan kita jemu mengetuk pintu rahmat-Nya. Selamat berjuang!*💪🏼

Allahumma baariklana fii Ramadhan..  Waballighna lailatal qadr. Allahumma Aamiin.💖

🌱❄🌱❄🌱❄🌱❄🌱❄

Sabtu, 2 Mac 2019

Doa & Mengurangkan Sakit Tunit

Cnp
Kaedah Doa bagi rawatan sakit tumit dan sendi oleh Ustaz Sharhan Shafie

Doa dan Cara Mengurangkan Sakit Tumit

1. Gunakan Minyak Zaitun – (Ini kerana Zaitun disebut 6 kali di dalam Al-Quran)

2. Baca Surah al-Fatihah
3. Baca Ayat Kursi
4. Baca Surah At Taubah ayat 14
5. Baca Surah Al hasyr ayat 216. Disapu atau lebih baik diurut secara perlahan-lahan kebahagian yang kaki yang sakit

Cara Tradisional Mengurangkan Sakit Tumit

Biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana , mengikut orang tua-tua zaman dahulu, tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kaki secara semulajadinya adalah bumi.

Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.

Bagaimana mencegahnya ?1- Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai.2- Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur.